Kini Terdapat Lebih 130 Saluran YouTube Malaysia Dengan Lebih 1 Juta Pelanggan
October 1, 2024
Google
Aman
Google Malaysia hari ini berkongsi beberapa perkembangan mereka di Malaysia, dan salah satunya memfokuskan kepada penawaran YouTube. Sebelum ini, pada tahun 2016, kita menyaksikan saluran pertama mencapai angka lebih 1 juta pelanggan, iaitu Cartoon Hooligans. Sejak daripada itu, pelbagai saluran lain turut telah berkembang secara berperingkat.

Pada hari ini, Google berkongsi terdapat lebih 130 saluran YouTube tempatan yang mempunyai lebih 1 juta pelanggan pada saluran berkenaan.
Ini secara tidak langsung turut memperlihatkan perkembangan arena kandungan di Malaysia, dan lebih ramai kini melayari YouTube dalam menikmati kandungan harian.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.