Jam Tangan Casio G-SQUAD GBD-300 Tersedia Di Malaysia Pada Harga RM845
Amy Maizuraa
Nikmati fungsi praktikal berguna yang akan meningkatkan kualiti senaman harian dengan G-SQUAD GBD-300. Ia menampilkan reka bentuk serba ringkas, nipis dan ringan yang menawarkan keselesaan berpanjangan buat pemakai. Dalam masa sama, tahan lasak dan calar yang memungkinkan ketahanan jangka msa panjang.


Pelbagai fungsi latihan seperti jarak, kelajuan dan pecutan disediakan dalam dbantu pemakai bergiat aktif secara fizikal. Selain itu mampunyai ciri Auto Lap yang boleh memantau rentak larian kemudian secara automatik menjejaki masa pada jarak yang ditetapkan. Diikuti juga sensor optik untuk pengesanan aktiviti harian seperti bilangan langkah bagi menentukan arah dan GPS pula untuk mendapatkan data lokasi.

Kesemua rekod berkaitan analisis data bulanan boleh disemak dengan mudah melalui aplikasi khusus. Terdapat juga ciri pintar yang membolehkan pengguna tidak terlepas daripada sebagai pemberitahuan telefon, emel dan media sosial masing-masing. Selain itu mempunyai kebolehan untuk mengecas menggunakan tenaga solar. Harga jualan rasmi adalah RM845 seunit.
[info] Beli – GBD-300-1 | CASIO MALAYSIA [/info]