IBM memfailkan pula saman ke atas Take-Two Interactive kerana melanggar paten milik mereka yang melibatkan teknologi pengiklanan, dunia maya dan pengesahan identiti pengguna sejak 2021. Teknologi digunakan pada pelancar permainan video seperti Grand Theft Auto, NBA 2K, dan Red Dead Redemption.
Menurut IBM, pihak mereka telahpun melakukan perbincangan dengan Take-Two awal tahun ini.untuk melesenkan teknologi ini tetapi kedua-dua pihak gagal mencapai kesefahaman. Sebaliknya Take-Two terus menentang saman yang difailkan ke atas Zynga yang merupakan anak syarikat mereka kerana pelanggaran paten yang sama. Dua minggu lalu mahkamah mendapati Zynga bersalah melanggar paten IBM dan diarahkan membayar pampasan $45 juta.