Qi2 akan menjadi trend bermula tahun 2025. Teknologi ini sudah sedia ada pada iPhone 12 ke atas dan untuk Android ia hanya ditawarkan kepada HMD Skyline. Qi2 adalah pengecasan nirwayar magnetik 15W yang bersifat universal. Akan datang, Oppo Find X8 turut akan menyokongnya dengan beberapa aksesori tersendiri telah diperlihatkan.
Dua aksesori magnetik baharu Oppo ini adalah powerbank magnetik 5000mAh dan juga pengecas magnetik 50W. Menariknya, kedua-dua aksesori ini disokong iPhone dengan baik tetapi pada peranti Oppo sendiri – kerangka khas harus digunakan. Oppo turut memperlihatkan cagak magnetik untuk digunakan di dalam kereta.
Buat masa ini tidak pasti jika siri Oppo Find X8 benar-benar menyokong Qi2 atau sebaliknya. Agak aneh kenapa peranti Oppo masih memerlukan kerangka khas dan tidak boleh terus dilekatkan pada tubuh peranti. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut dan melihat adakah aksesori-aksesori magnetik ini turut akan dipasarkan di Malaysia.
- Weibo – OPPO Zhou Yibao