Google hari ini berkongsi beberapa inisiatif memfokuskan pasaran Malaysia, dan salah satunya adalah projek memfokuskan kepada kelestarian tadahan air di Taman Aman Lake, Petaling Jaya. Untuk tujuan ini, Google bekerjasama dengan Global Environment Centre (GEC) dan juga Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Projek ini menyasarkan untuk menambah-baik kualiti air di tasik berkenaan, selain turut meningkatkan nilai biodiversiti dan juga nilai riadah komuniti setempat di tasik tersebut.
Google turut mengatakan mereka turut akan menggunakan air secara efisien dalam pelbagai operasi mereka, selain menggantikan 120% daripada isipadu air yang digunakan menjelang 2030 kelak.
Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan projek ini oleh Google dalam masa terdekat ini. Google berkongsi dengan perancangan mereka dalam melestarikan tadahan air ini selari permulaan pembangunan pusat data Google di Malaysia hari ini.