Carian
Oracle Akan Melabur Lebih RM27 Bilion Di Malaysia
October 2, 2024 Aman

Oracle kini mengumumkan mereka akan melabur lebih $6.5 bilion (~RM27 bilion) di Malaysia, dengan fokus terhadap perkomputeran awanan dan juga kecerdasan buatan. Pengumuman Oracle ini hadir selari dengan pengumuman beberapa syarikat teknologi lain di Malaysia baru-baru ini, termasuk Amazon dan Google.

Selari pengumuman ini, Oracle turut mengatakan akan membuka rantau awanan di Malaysia, selain penawaran lebih 150 perkhidmatan dan infrastruktur SaaS. Oracle turut mengatakan perkhidmatan mereka kelak akan membolehkan pelbagai organisasi di Malaysia memodenkan aplikasi masing-masing, selain melakukan pelbagai inovasi menggunakan data dan kecerdasan buatan.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan apakah lagi yang akan dilakukan Oracle di Malaysia, selain sekaligus membawa kepada peningkatan pendapatan negara, selain peluang kerja baharu.

Komen