WhatsApp kini mengumumkan pengenalan ciri penuras dan gambar latar ketika dalam panggilan video – sekaligus membolehkan pengguna melakukan perubahan gambar latar belakang mereka sekiranya tidak selesa dengan sesuatu lokasi semasa.
Untuk fasa pengenalan, sebanyak 10 gambar latar, dan 10 variasi penuras ditawarkan kepada pengguna – yang boleh dipilih dan digabungkan ketika penggunaan. Disamping itu, WhatsApp turut menawarkan sokongan mencerahkan lagi persekitaran dan panggilan video secara perisian, sekaligus memberikan pengalaman dan keselesaan ketika melakukan panggilan video.
Ciri baharu memfokuskan panggilan video ini telah mula diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp seluruh dunia, dan boleh digunakan untuk panggilan berkumpulan, mahupun perseorangan.