Sony nampaknya bukan sekadar melancarkan fon telinga bahkan pembesar suara baharu di bawah siri LinkBuds. Ia menjadi pembesar suara pertama untuk siri berkenaan memandangkan produk sebelum ini kebanyakannya merupakan set fon telinga nirwayar. Dikenali sebagai LinkBuds Portable Wireless Speaker, Sony mendakwa pembesar suara nirwayar ini boleh beroperasi 25 jam lamanya dengan pengecasan penuh.
Dalam masa sama turut boleh digunakan secara niwayar menggunakan dermaga pengecas khusus diberikan bersama. Ia juga menawarkan Woofer (X-Balanced Speaker Unit) untuk bunyi bass yang lebih mendalam bersama Tweeter khusus yang mampu meningkatkan kejelasan vokal lebih baik. Selain turut boleh digandingkan dengan dua unit berasingan untuk mencipta kesan audio stereo. Turut diberikan pelindungan IPX4 yang bermakna pembesar suara ini kalis air dan bukannya habuk. Harga jualan ialah $179.99 (~RM748) dan tiada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran Malaysia.