Carian
Honor Mengemaskini Harga Jualan Magic6 Pro, 200 Pro, 200 Dan X6b – Bermula Dari RM499
October 2, 2024 Amy Maizuraa

Honor menyediakan tawaran menarik dengan menurunkan harga untuk tiga telefon pintarnya di Malaysia. Model yang pertama ialah Honor Magic6 Pro (12/512GB) yang kini dijual pada RM3,999 berbanding harga asalnya RM4,499. Kedua, siri Honor 200 yang boleh dimiliki pada RM2499 untuk versi pro. Sementara itu Honor 200 pula masing-masing kini berharga RM1,999 (12/512GB) dan RM1,699 (12/256GB). Akhir sekali Honor X6b ditawarkan serendah RM499 berbanding RM599 sebelum ini. Ketersediaan adalah bermula sekarang melalui kesemua pengedar sah Honor Malaysia.

Honor Magic6 Pro dilengkapi skrin 6.8″ LTPO OLED, cip Snapdragon 8 Gen 3, memori 12GB RAM LPDDR5X, ruangan storan 512GB UFS 4.0, kamera belakang 50MP + 50MP + 180MP dan juga swafoto sebesar 50MP + 3D ToF. Melengkapkannya juga adalah bateri 5600mAh dengan sistem pengecasan berwayar 80W dan nirwayar 66W.

Honor 200 Pro dilengkapi skrin 6.78″ OLED pada kadar segar semula 120Hz, cip Snapdragon 8s Gen 3 (4nm), memori 12GB RAM LPDDR5X, dan ruangan storan 512 GB UFS 4.0. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 50MP + 2MP + 50MP, kamera hadapan 50MP + 2MP dan bateri berkapasiti 5200mAh.

Honor 200 menggunakan skrin 6.7″ OLED 120Hz dengan resolusi FHD+. memori sebesar 12 RAM, storan sehinga 512GB, dilengkapi cip Snapdragon 7 Gen 3, kamera hadapan 50MP untuk rakaman swafoto, kamera utama 50MP + 50MP + 12MP di bahagian belakang dan bateri silikon-karbon 5200mAh .

Honor X6b menawarkan skrin LCD 6.56″HD+ 90Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Helio G85, memori 6GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5,200mAh yang digunakan boleh dicas semula melalui port USB-C dan pengecasan 35W. Sistem dwi-kamera utama 50MP + 2MP dan swafoto sebesar 5MP disertakan sebagai pelengkap peranti.

Komen