Google Wallet adalah dompet digital rasmi oleh Google untuk peranti Android. Ia sama seakan Samsung Wallet atau Apple Wallet, di mana kad-kad ahli, kad-kad debit atau kredit dan pelbagai pad serta tiket pengangkutan boleh disimpan di dalam untuk akses pantas atau melakukan pembayaran. Selama ini, Google Wallet hanya boleh diakses melalui aplikasi dalam telefon. Sementara pada web ia perlu diakses melalui laman Google Pay sehinggalah baru-baru ini Google Wallet versi web tiba untuk pengguna Malaysia.
Google Wallet versi web secara asasnya adalah perkara yang sama yang ada dalam aplikasi. Anda boleh melihat semua kad-kad anda, tambah yang baru, buang yang lama serta turut boleh melihat sejarah transaksi yang telah dilakukan. Menariknya, tiket kapal terbang juga boleh dilihat dengan semua kod QR atau kod bar boleh diimbas untuk semakan lanjut.
Kebolehan menukar profil pembayaran ke negara lain turut disokong dan laman web turut menyertakan akses pantas kepada video YouTube serta artikel untuk cara penggunaan atau butiran privasi serta keselamatan yang dirisaukan pengguna. Anda boleh terus melayari laman wallet.google.com untuk menyemak kad-kad anda.