Infinix HOT 50 5G Bakal Tiba Di Malaysia Pada 7 Oktober 2024
Amy Maizuraa
Infinix mengumumkan bahawa peranti baharu HOT 50 5G akan tiba di Malaysia pada 7 Oktober 2024. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna tertentu. Selain itu terus memainkan peranan penting dalam menjadikan pengalaman keseluruhan mereka lebih mudah dan menyeronokkan.

Menurut Infinix, telefon pintar akan dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Selain itu menggunakan cip Mediatek Dimensity 6300, memori 8GB RAM (tambahan 8GB RAM maya), storan dalaman 256GB dan kamera utama 48MP (Sony IMX582). Persoalan utama kini lebih tertumpu pada harga jualan rasmi yang sepatutnya diketahui selepas diumumkan secara rasmi kelak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.