OpenAI Minta Para Pelabur Tidak Melabur Pada Syarikat Pesaing Seperti Anthropic Dan xAI
Aman
OpenAI pada minggu ini telah selesai meraih suntikan dana berjumlah $6.6 bilion daripada sejumlah pelabur, menilaikan syarikat mereka pada nilai $150 bilion. Ini sekaligus menjadikan OpenAI syarikat yang pernah meraih suntikan dana tinggi di Silicon Valley. Antara syarikat yang melabur adalah Microsoft dan NVIDIA, sementara Apple menarik diri daripada melabur pada OpenAI.
Menurut laporan Financial Times, ketika perbincangan untuk pelaburan, beberapa terma eksklusif turut diutarakan oleh pihak OpenAI, termasuk meminta untuk para pelabur berkenaan tidak melabur pada syarikat pesaing.
Ia dikatakan OpenAI telah meminta pelabur untuk mengelak daripada melabur pada syarikat seperti Anthropic dan juga xAI. Namun, tidak diketahui sama ada pelbagai syarikat dan firma pelaburan ini akan mengikut perkara berkenaan, atau akan terus memilih untuk melabur pada syarikat pesaing lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.