SKMM Menyasarkan Peralihan Penuh Ke IPv6 Di Malaysia Menjelang 2028
Nazrin
SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini mengumumkan pelaksanaan perundingan awam melibatkan peralihan sepenuhnya ke penggunaan alamat digital IPv6 menjelang 2028 kelak. Pihak SKMM sedang menjalankan rundingan awam mengenai matlamat ini bermula hari ini, 2 Oktober 2024 sehingga 31 Oktober 2024.
Pelan peralihan dari penggunaan alamat IPv4 ke IPv6 ini bukanlah sesuatu yang baru. Peralihan ini diperlukan untuk membolehkan infrastruktur internet dan digital di Malaysia terus berkembang dengan penambahan alamat IP yang terhad daripada teknologi IPv4 (dari sekitar 4.3 bilion alamat) ke IPv6 yang menawarkan jumlah alamat IP yang jauh lebih banyak (3.4 x 1038 alamat IP).

Perkara ini penting khususnya apabila negara sedang bergerak ke arah pembangunan infrastruktur internet yang lebih teguh, tidak kira untuk pengguna biasa ataupun untuk kegunaan pelbagai industri di negara ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM, mereka menjangkakan proses peralihan sepenuhnya dari penggunaan IPv4 ke IPv6 akan dimulakan pada tahun 2025, dan dijangka akan siap sekitar 2028 kelak. Untuk ini, pihak SKMM juga telah menyediakan kertas kerja tentang bagaimanakan proses peralihan dari IPv4 ke IPv6 ini akan dilakukan.
Buat masa ini, sepanjang proses rundingan awam, pihak SKMM telah menjemput mereka yang berada dalam industri IT, tidak kira jurucakap syarikat, pentadbir rangkaian mahupun pihak awam untuk memberikan pandangan mereka tentang perkara ini tanpa segan silu.