Anuar Fariz Fadzil hari ini diumumkan sebagai Ketua Pegawai Operasi (CEO) untuk Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Sebelum ini, Anuar Fariz memegang jawatan Ketua Dasar Awam di TikTok Malaysia. Beliau mulakan tugasan sebagai CEO MDEC bermula daripada hari ini.
Melalui laman LinkedIn, Anuar Fariz turut pernah bertugas sebagai penasihat khas untuk CEO Celcom Axiata, selain menjadi pegawai khas kepada Menteri MITI antara 2013 sehingga 2017 lepas.
Bercakap mengenainya, CEO MDEC baharu mengatakan jawatan ini memberikan peluang dalam turut terlibat untuk pembangunan ekonomi digital. Beliau turut menekankan tidak terlibat lagi dengan TikTok Malaysia selari pelantikkan jawatan baharu ini.