PC Anda Tak Cukup “Power”? Sebab Itulah Anda Perlu Naik Taraf Kepada NVIDIA GeForce RTX
Syafia Hani
Bayangkan bagaimana kehidupan seharian kita apabila komputer bukanlah sekadar peranti pintar, tetapi ia adalah “teman” yang memahami keperluan kita, tahu tentang cara kita bekerja dan tahu apa yang kita mahu. Melalui teknologi yang semakin canggih hari ini, idea yang dahulunya dianggap agak mustahil ini sebenarnya sudahpun menjadi realiti.
Hal ini kerana kita semua sudah memasuki era yang hampir semua benda mahu diintegrasikan dengan teknologi AI. Malah AI PC adalah salah satu terma baru yang diberikan kepada komputer yang menyokong teknologi ini. Tetapi, perlukah kita mengikuti trend AI PC ini? Perlukah kita memilikinya? Adakah benar teknologi AI ini memudahkan dan meningkatkan produktiviti harian kita atau ia sekadar terma yang wujud hanya untuk pemasaran produk? Kita akan rungkaikannya.
Bagaimana Teknologi AI Pada Komputer Memudahkan Produktiviti Harian Kita
Seperti yang kita tahu, teknologi AI hari ini ada kelebihannya dari segi membuat peranti kita lebih diperibadikan (personalised). Algoritma yang terbina membolehkannya mempelajari bagaimana tabiat penggunaan kita pada sesuatu peranti dan seterusnya akan membuat ramalan terhadap langkah kita seterusnya pada peranti itu. Contoh mudahnya adalah seperti kita memasukkan beberapa kata kunci pada bahagian carian, belum lagi habis menaip, ia sudah dapat meneka apa yang kita mahu cari. Secara tidak sedar, sebenarnya itulah salah satu ciri asas yang peranti AI mampu buat hari ini.
Adakah hanya sekadar itu? Semestinya tidak. Apabila bercakap tentang AI PC, kami boleh katakan bahawa peranti yang baik adalah yang dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX di dalamnya. Ini kerana kad grafik ini menggunakan teknologi yang sama dalam kebanyakan inovasi AI yang terkemuka di dunia. Tetapi, ciri AI apa yang ada padanya dan bagaimana ia boleh membantu produktiviti harian kita?
Bermula 6 tahun lalu, NVIDIA telah memperkenalkan Deep Learning Super Sampling (DLSS) iaitu salah satu algoritma AI terawal daripada mereka. Melaluinya, ia dapat meningkatkan kualiti grafik agar nampak lebih tajam dan membantu paparan seperti permainan video menjadi menjadi lebih lancar, hasil bantuan daripada teras Tensor yang ada dalam setiap kad grafik NVIDIA GeForce RTX.
Sejak daripada itu, algoritma AI pada teknologi DLSS ini sentiasa mempelajari bagaimana sesuatu jenis paparan itu sepatutnya ditayangkan. Setiap kali ia mempelajari sesuatu yang baru, teknologi ini akan menambah baik dan memberi inovasi baharu yang seterusnya akan menaik taraf kualiti gambar dan prestasinya.
Kini, lebih daripada 600 permainan dan aplikasi menampilkan teknologi RTX, dan setiap minggu pelbagai permainan baharu yang mengintegrasikan NVIDIA DLSS, NVIDIA Reflex dan kesan ray-traced dilancarkan dan diumumkan. Hal ini sekaligus dapat memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan untuk kita menggunakan laptop atau PC yang dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX.
NVIDIA Broadcast pula menawarkan beberapa fungsi yang membantu dalam meningkatkan kualiti audio dan video dengan teknologi AI yang mereka ada. Ia seperti pembatalan hingar, penukaran latar belakang, pengurangan suara bergema, penjejak wajah juga dapat diaktifkan serentak dan semua ini boleh berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah ketika penstriman dilakukan. Jadi, kalau anda seorang penstrim kandungan gaming, ataupun sering mengadakan telesidang sekalipun, kad grafik daripada NVIDIA GeForce RTX pada peranti anda mampu untuk memaparkan kualiti paparan yang jelas, lancar, tiada gangguan audio dan turut memberikan pengalaman tontonan terbaik kepada penonton anda sepanjang masa.
Untuk aplikasi Adobe Creative Cloud berjalan dengan lancar, anda memerlukan kad grafik yang berkuasa seperti NVIDIA RTX. Seperti yang kita sedia tahu, aplikasi ini dibina khas untuk membolehkan kita berkarya dengan lebih kreatif melalui alat-alat suntingan yang ia tawarkan. Jadi, melalui teknologi AI yang ada pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX, anda boleh luangkan lebih banyak masa untuk memikirkan idea kreatif bagi karya anda berbanding habiskan masa untuk bahagian teknikal semasa penyuntingan. Pendek kata, ia sedikit sebanyak mempercepatkan proses penyuntingan karya anda.
Dalam Adobe Photoshop pula, ciri Generative Fill tool membolehkan anda untuk meletakkan arahan penerangan secara ringkas dan seterusnya ia akan menjana grafik tersebut dengan pantas dan mudah. Selain itu, ciri terbaru Reference Image yang buat masa ini hanya ditawarkan dalam mod Beta kelak membolehkan anda memuat naik contoh imej bagi proses penjanaan imej yang lebih kurang sama dengan rujukan gambar yang anda pilih tersebut.
Bagi aplikasi seperti Adobe Premiere Pro pula, kad grafik NVIDIA GeForce RTX menggunakan teknologi AI bagi ciri Enhance Speech. Melaluinya, anda boleh membuang bunyi hingar yang tidak diinginkan, menambah baik kualiti audio agar kedengaran lebih professional dan proses suntingan ini juga dikatakan 4.5 kali lebih laju jika menggunakan peranti yang dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX.
Selain itu, ciri Auto Reframe pada Adobe Premiere Pro juga mengintegrasikan teknologi AI yang mana ciri ini membantu untuk menjejak subjek yang ingin difokuskan agar tidak terkeluar daripada rakaman. Scene Edit Detection juga sangat membantu jika anda ingin mencari titik suntingan asal dalam video. Ciri ini sangat membantu untuk anda yang bekerja sebagai penyunting video kerana kadang kala kita perlu memotong bahagian-bahagian menarik dengan tepat. Jadi melalui ciri ini, anda hanya perlu klik dan anda sudah dapat ambil bahagian mana yang anda inginkan.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba aplikasi percuma NVIDIA Canvas yang dibina untuk membantu anda menjana grafik yang lebih realistik dengan mudah dan cepat hanya daripada lukisan yang ringkas. Ini sangat memudahkan kita dalam menghasilkan konsep idea asas untuk grafik yang kita ingin hasilkan dengan mudah dan cepat.
Awal tahun ini juga NVIDIA ada melancarkan demo bagi aplikasi ChatRTX. Ciri ini boleh dikatakan sebagai chatbot AI yang telah diperibadikan. Mana-mana peranti yang dilengkapi dengan kad grafik siri NVIDIA GeForce RTX 30 atau siri NVIDIA GeForce RTX 40 mampu menjalankan Chat RTX dengan baik walaupun tanpa sokongan internet.
Aplikasi ini akan disambungkan kepada kandungan dan fail-fail yang anda simpan dalam PC seperti dokumen kerja, nota, gambar, suara, atau data-data lain. Melaluinya, anda mudah untuk lakukan pelbagai tugasan. Contohnya seperti mencari gambar dengan meletakkan kenyataan mudah untuk menerangkan ciri-ciri gambar yang anda ingin cari, mendapatkan cadangan daripada chatbot untuk sesuatu perkara berdasarkan maklumat yang telah sedia ada dalam komputer. Ia juga mampu untuk memahami beberapa bahasa untuk pertanyaan-pertanyaan anda dalam bahasa lain. Anda hanya perlu memberikan pertanyaan dalam bentuk suara kepada ChatRTX dan memandangkan aplikasi ini beroperasi terus melalui PC atau laptop anda yang menggunakan kad grafik GeForce RTX, ia akan memberi respon kepada arahan anda dengan pantas.
Kesimpulan
Jadi, untuk menjawab persoalan tentang adakah kita perlu menaik taraf kepada GeForce RTX AI PC dan adakah ia memudahkan produktiviti kita, jawapannya adalah ya. Sekiranya anda seorang gamer atau bekerja dalam industri kreatif yang perlu melakukan tugasan berat pada komputer dan mementingkan produktiviti harian, kami sarankan untuk dapatkan AI PC yang dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX atau NVIDIA RTX. Melaluinya, produktiviti harian anda akan bertambah baik. Kerja-kerja suntingan akan menjadi lebih pantas, laju dan hasilnya juga akan nampak lebih berkualiti.
Untuk pengetahuan anda, NVIDIA sedang mengadakan promosi bagi peranti-peranti yang dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX sehingga 6 Oktober ini. Jadi, jika anda sedang mencari laptop atau PC baharu, anda boleh mendapatkannya melalui kedai-kedai terpilih. Promosi ini juga membolehkan anda untuk menebus sehingga RM200 melalui dompet digital TnG atau menerima hadiah percuma jika anda membeli PC yang dilengkapi dengan kad grafik siri GeForce RTX 40. Manakala jika anda membeli mana mana laptop dengan kad grafik siri GeForce RTX 40 pula, anda berpeluang untuk menerima berkas eksklusif dengan potongan harga yang lumayan dan juga boleh menebus dompet digital TnG sehingga RM400.
[info] Beli PC: Melalui Kedai Atas Talian Brightstar [/info]
[info] Beli PC: Melalui Kedai Atas Talian C-ZONE [/info]
[info] Beli PC: Melalui Kedai Atas Talian Ideal Tech [/info]
[info] Beli PC: Melalui Kedai Fizikal Just IT [/info]
[info] Beli PC: Melalui Kedai Fizikal View Net [/info]
[info] Beli Komputer Riba Dan PC: Melalui Kedai Atas Talian PC Image [/info]
[info] Beli Komputer Riba: Melalui Kedai Fizikal SNS [/info]
[info] Beli Komputer Riba: Melalui Kedai Atas Talian TMT [/info]
Penafian : Advertorial Daripada NVIDIA