Spotify Offline Backup Membolehkan Muzik Tidak Disimpan Dimainkan Tanpa Internet
Effi Saharudin
Ciri menyimpan muzik pada peranti memudahkan pengguna Spotify mendengar muzik apabila tiada sambungan internet. Ia amat berguna apabila berada di dalam kapal terbang atau di kawasan tanpa capaian internet. Spotify hari ini mengumumkan Offline Backup yang membolehkan pengguna menstrim muzik yang tidak disimpan secara manual didengari tanpa sambungan internet.

Offline Backup melihat senarai lagu yang pernah dimainkan atau muzik yang telah disusun (queue) dalam senarai main. Spotify akan menyimpan muzik ini ke dalam cache aplikasi secara automatik. Senarai main Offline Backup dapat dilihat pada muka depan aplikasi apabila ia dibuka tanpa sambungan internet. Kedua pengguna perlu mengaktifkan ciri Offline Listening pada tetapan aplikasi.
Pada waktu ini Offline Backup hanya boleh digunakan oleh pelanggan Spotify Premium pada aplikasi versi Android dan iOS bermula hari ini.