iPhone SE 2025 Dijangka Dilengkapi Cip A18, Memori 8GB RAM, Dan Modem 5G Pertama Oleh Apple
Aman
Apple sedia diperkatakan sedang membangunkan iPhone SE baharu untuk diperkenalkan pada awal tahun 2025 kelak. Selari dengannya, kini hadir laporan awal berkaitan beberapa spesifikasi yang akan disertakan oleh Apple pada peranti berkenaan.

Menurut laporan 9to5Mac, iPhone SE 2025 ini kelak akan menjadi model telefon pintar pertama Apple yang menggunakan model 5G oleh Apple sendiri. Untuk makluman, Apple sebelum ini sedia mengambil-alih bahagian model Intel dalam usaha membangunkan modem mereka tersendiri.
Selain itu, untuk menguasakan sokongan kecerdasan buatan Apple Intelligence, iPhone SE baharu ini akan dikuasakan oleh cip Apple A18, selain menyertakan memori sehingga 8GB RAM.
Ia tidak diketahui lagi sama ada perkara ini akan membawa kepada peningkatan harga oleh Apple untuk model iPhone SE atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan model iPhone SE baharu ini yang dijangka diperkenal pada awal 2025 kelak.