Samsung One UI Akan Menguasakan Semua Produk, Termasuk TV Dan Perkakasan Rumah
Aman
Samsung hari ini mengadakan acara Samsung Developer Conference 2024, dan berkongsi beberapa perkembangan. Salah satu perkara yang disentuh adalah berkenaan dengan sistem operasi dan perisian oleh Samsung. Bergerak ke hadapan, Samsung mengatakan mereka akan menjenamakan semua penawaran perisian mereka dibawah satu jenama, iaitu One UI.

Pada hari ini, penawaran One UI memfokuskan kepada telefon pintar sahaja, dan bergerak ke hadapan, jenama sama akan digunakan untuk semua perisian dan sistem operasi yang menguasakan televisyen serta perkakasan pintar dibawah mereka.
Perubahan ini akan dilakukan bermula 2025 kelak. Dengan langkah ini juga, pengalaman pengguna dijangka akan selari dan konsisten pada pelbagai produk Samsung, selain memudahkan lagi pengguna memahami penawaran Samsung. Pada masa yang sama, integrasi kecerdasan buatan juga dijangka dilakukan pada pelbagai produk Samsung, rentas kategori.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.