Google Mula Memaparkan Iklan Pada AI Overviews Dan Google Lens
Fahim Zahar
AI Overviews tidak dinafikan sangat membantu dalam melakukan carian di web. Masalahnya adalah halusinasi yang kadangkala menyebabkan rumusan hasil carian ini mengelirukan. Walaupun begitu, saya sedari AI Overviews telah menjadi semakin baik dan Google telah kembali menawarkannya kepada pengguna. Terbaru, Google mengumumkan yang AI Overviews kelak akan mula memaparkan iklan.

Jika anda risau akan terkeliru antara hasil carian dan iklan, Google menjelaskan yang mana-mana iklan akan ada label. Paparan iklan ini turut akan muncul di dalam Google Lens. Google turut sedar yang iklan kerap menjengkelkan pengguna, oleh yang demikian hasil carian akan dipaparkan terlebih dahulu barulah iklan dan akan ada garisan mengasingkan antara dua kandungan ini.

Di dalam Google Lens pula, Google mengintegrasikan ciri seakan Circle to Search di mana carian kini akan memaparkan keputusan laman e-dagang di mana objek yang diimbas tadi boleh dibeli. Pautan laman e-dagang ini adalah yang diiklankan untuk pengguna terus beli lepas mengimbas. Paparan iklan di AI Overviews terhad di Amerika Syarikat, sementara iklan pada Google Lens mula ditawarkan di iOS dan Android untuk pengguna di negara-negara tertentu.
[sumber] Google [/sumber]