Infinix AI Infinity Diperkenalkan Untuk Peningkatan Produktiviti Dalam Kerja Harian
Amy Maizuraa
Infinix AI (Infinity) diperkenalkan bertujuan untuk membawa perubahan dalam berbagai aspek pengalaman termasuk cara pengguna berinteraksi dan bekerja. Tarikan utama pada kali ini adalah pembantu maya Folax yang kini dikuasakan oleh gabungan teknologi tersendiri Infinix dan kecerdasan buatan generatif baharu seperti GPT-4o, Gemini dan lain-lain. Justeru sama ada melalui input teks, suara atau imej, Folax diyakini mampu menawarkan respon dan interaksi secara masa nyata yang mudah dalam setiap situasi.

Tarikan seterusnya lebih tertumpu terhadap penyelesaian pelbagai tugas harian sambil membuka pelbagai peluang baharu untuk meningkatkan produktiviti secara ketara. Misalnya seperti Infinix AI∞ | Live Texts∞ yang membolehkan pengguna meringkaskan maklumat penting daripada imej dan dokumen dengan serta merta. Melalui demo ringkas yang diperlihatkan, pengguna hanya perlu mengambil gambar dokumen kemudian Folax akan melakukan ringkasan dalam masa beberapa minit menjadikan kerja dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

Infinix AI (Infinity) | Writing Tools (Infinity) pula boleh bantu pengguna menulis dengan lebih baik dan pantas. Tidak kira sama ada emel, laporan, perbentangan atau mesej ringkas, Folex dilatih sebaiknya untuk memastikan setiap penulisan mempunyai struktur ayat dan tatabahasa yang betul. Dalam erti umum, ia boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti penulisan dengan menyediakan Cadangan tatabahasa, ejaan dan gaya sepatutnya untuk menawarkan penulisan yang berkualiti.

Infinix AI (Infinity) | Magic Create (Infinity) mempunyai keupayaan untuk menjana kandungan unik dan menarik yang disesuaikan dengan keperluan individu. Bayangkan anda meminta Folax yang dijana AI generatif untuk mencadangkan slogan bagi syarikat kopi baharu. Dalam beberapa minit, Infinix AI (Infinity) | Magic Create (Infinity) boleh menghasilkan slogan baharu untuk mencipta karya komersial menarik.

Terdapat juga Infinix AI (Infinity) | Visual Look Up (Infinity) yang akan memudahkan pengguna dalam merancang jadual perjalanan. Dalam masa sama mengubah perjalanan pengguna menjadi pengalaman yang lebih menyeronokkan dengan menyediakan informasi menarik tentang tempat yang ingin dilawati oleh pengguna. Misalnya seperti mercu tanda, bangunan bersejarah dan tapak budaya dalam satu gambar menarik.

Lain-lain ciri inovatif turut diperkenalkan ialah AI Wallpaper yang boleh disesuaikan ikut keutamaan pengguna, AI Eraser yang boleh mengalih keluar objek tidak diingini dalam imej dengan mudah, Smart Cutout untuk proses pengasingan subjek dengan mudah, dan AI Sketch untuk mencipta imej visual berkualiti tinggi. Infinix juga dalam perancangan untuk memperkenalkan Smart Search yang membolehkan carian pelbagai maklumat menggunakan bahasa mudah dan Balance Inquiry Assistant untuk memudahkan pengguna menyemak baki data pada kemaskini akan datang.