Anda Kini Boleh “Mention” Rakan Di Status WhatsApp Dan Menghantar “Like”
Fahim Zahar
WhatsApp Status semakin lama semakin banyak ciri menarik disertakan. Entah kenapa saya tidak tergerak hati untuk menggunakannya, tetapi orang ramai menyukai penggunaan ciri ini. Terbaru, selepas berbulan dalam pembangunan – anda kini boleh Mention rakan atau orang tersayang di dalam WhatsApp Status.

Mana-mana pengguna WhatsApp lain yang anda Mention pada Status bersifat peribadi. Ini bermakna walaupun Status itu ditetapkan untuk tontonan umum, yang disebut sahaja boleh kongsi semula Status berkenaan. Mereka yang disebut akan menerima notifikasi dan nama mereka tidak akan dipaparkan pada Status berkenaan. Pada masa yang sama, Meta turut menyertakan kemampuan untuk pengguna menghantar Like atau menyukai mana-mana Status yang telah dikongsi.
Ciri ini telah rasmi diperkenalkan kepada semua tetapi kemas kininya diedarkan secara berperingkat. Saya yang menggunakan WhatsApp Beta turut masih belum boleh menggunakannya. Anda pula bagaimana?
[sumber] WhatsApp [/sumber]