Oppo Find X8 Akan Mempunyai Ciri Menghilangkan Pantulan Pada Gambar
Amy Maizuraa
Oppo dilihat berkongsi salah satu ciri pada sistem kamera telefon mercu Find X8. Melaluinya ia boleh menampilkan kemampuan menghilangkan pantulan yang tidak diingini kemudian menghasilkan imej lebih jelas serta berkualiti. Melalui demo ringkas yang diperlihatkan, imej yang pada asalnya mempunyai pantulan dilihat berubah menjadi lebih jelas dan terperinci dengan bantuan AI dalam beberapa saat.

Menurut Oppo, ciri ini direka khas untuk mengalih keluar pantulan dan memulihkan rupa asal foto. Seterusnya meningkatkan kualiti imej, laraskan warna dan menambah baik butiran menjadi kelihatan semula jadi. Ini menjadikan ia ideal untuk sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kualiti keseluruhan foto masing-masing. Pun begitu, bukanlah suatu teknologi baharu malahan sudah digunakan beberapa pengeluar termasuk Samsung pada peranti terkini mereka.


Tiada maklumat berkaitan pelancaran rasmi diketahui namun apa yang menarik perhatian Oppo berpotensi membawa masuk siri mercu ini ke pasaran global. Tambahan pula peranti ini turut telah ditemui di laman pensijilan SIRIM Malaysia pada 1 oktober yang lalu.
[sumber] weibo [/sumber]