Integrasi MyDigital ID Pada MyJPJ Hanya Ditangguhkan, Bukan Dibatalkan
October 4, 2024
Aplikasi
Aman
Lanjutan daripada perkongsian pihak Menteri Pengangkutan semalam, hari ini, CEO MyDigital ID berkongsi lanjut, mengatakan pelaksanaan integrasi penggunaan MyDigital ID pada aplikasi MyJPJ hanya ditangguhkan sementara, dan bukannya dibatalkan.

Buat fasa awal ini, pengguna masih akan diberikan pilihan untuk log masuk menggunakan akaun MyJPJ sedia ada, atau menggunakan integrasi MyDigital ID dalam mengakses aplikasi dan perkhidmatan berkenaan.
Ini juga dilihat selari dengan pelaksanaan MyDigital ID yang sememangnya ingin memfokuskan kepada penggunaan satu ID sahaja dalam menggunakan pelbagai perkhidmatan kerajaan, selain turut terbuka kepada swasta.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.