Mark Zuckerberg Kini Menjadi Manusia Kedua Terkaya Dunia – Melangkaui Jeff Bezos
October 5, 2024
Lain-lain
Aman
Nilai saham Meta yang meningkat kebelakangan ini turut menyumbang kepada peningkatan nilai kekayaan pengasasnya, Mark Zuckerberg. Mengikut data terkini, nilai kekayaan Mark Zuckerberg mencapai $206 bilion, sekaligus membawa Mark Zuckerberg menjadi manusia kedua terkaya dunia.
Dengan kemaskini baharu ini, Mark Zuckerberg melangkaui Jeff Bezos yang mempunyai nilai kekayaan $205 bilion. Mendahului Mark Zuckerberg pada hari ini adalah Elon Musk dengan nilai kekayaan sebanyak $256 bilion.
Meta pada tahun ini sedia memfokuskan kepada penawaran kecerdasan buatan, selain pada masa yang sama turut meneruskan pembangunan kaca mata pintar yang dilihat mendahului pelbagai syarikat lain.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.