Arab Saudi Dilaporkan Ingin Meningkatkan Pegangan Pada Nintendo
October 5, 2024
e-Permainan
Aman
Arab Saudi melalui Dana Pelaburan Awam (PIF) kini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk meningkatkan lagi pegangan mereka pada syarikat permainan popular, Nintendo. Pada hari ini, PIF mempunyai pegangan sebanyak 8.58% pada Nintendo.

Perkara ini dikongsikan oleh Putera Faisal bin Bandar bin Sultan Al Saud melalui sebuah temuramah khas. Ia dikatakan pada masa kini hanya sekadar pertimbangan sahaja, dan tidak terburu-buru dalam ingin meningkatkan pegangan buat masa ini.
Arab Saudi melalui badan pelaburan mereka mempunyai pelaburan pada sejumlah syarikat permainan video lain, termasuk pada Capcom, dan Koei Tecmo.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.