Carian
Kapasiti SSD Berkelajuan Tinggi Dijangka Meningkat Lagi Menjelang 2029
October 7, 2024 Nazrin

Apabila teknologi SSD diperkenalkan beberapa dekad yang lalu, ia telah memperlihatkan kemajuan dari segi pengaksesan data pada sesebuah komputer yang tidak dapat dicabar oleh cakera keras. Walaupun begitu, satu kekurangan yang terdedah ialah kapasiti storan yang rendah.

Akan tetapi, dengan kemajuan teknologi, storan SSD telah semakin hebat. Bukan sahaja ia semakin laju dengan kadar penghantaran data beberapa GB setiap saat, tetapi kapasiti storannya juga dilihat telah bertambah dan boleh menandingi apa yang ditawarkan cakera keras hari ini.

Samsung 980 PRO SSD

Terkini, ia dilaporkan dengan perkembangan teknologi 3D NAND, yang kini menawarkan kapasiti 2TB ke 4TB bergantung kepada pembuat cip, akan bertambah lagi ke 8TB menjelang 2029. Ini adalah terima kasih kepada teknologi TLC (triple layer cell) dan QLC (quad layer cell) yang membolehkan cip storan ditindihkan, menambahkan jumlah storan dan membolehkan data diakses dengan jauh lebih cepat berbanding sebelum ini.

Dalam pada itu, teknologi cip NAND sendiri, yang dijangka akan menghasilkan cip NAND dengan storan 4Tb dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2027, dan cip NAND 8Tb akan diperlihatkan menjelang 2029 pula.

Ini bermakna bahawa kita mungkin dapat melihat storan SSD dengan kapasiti sehingga 8TB dalam masa lima tahun lagi, dan storan SSD berkapasiti 2TB dan 4TB akan semakin biasa tidak lama lagi.

Komen