Infinix HOT 50 5G secara rasmi telah dilancarkan di Malaysia hari ini pada harga RM599 sebuah. Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi kelas permulaan yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna yang tidak mahu berbelanja lebih untuk memiliki sebuah telefon pintar.
Infinix HOT 50 5G dilengkapi skrin sebesar 6.7″ IPS LCD dengan kadar segar semula 120Hz tetapi dengan resolusi HD sahaja. Selain itu menggunakan cip Mediatek Dimensity 6300, memori 8GB RAM (tambahan 8GB RAM maya), storan dalaman 256GB, kamera utama 48MP (Sony IMX582), kamera hadapan 8MP dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 18W.
Sistem operasi yang digunakan ialah XOS 14.5 yang berasaskan Android 14. Speaker peranti pula hanya sekadar mono tetapi masih terdapat bicu audio 3.5mm. Disamping itu pengimbas cap jari pula diletakkan pada sisi terbina pada butang kuasa. Di Malaysia Infinix HOT 50 5G mula dijual hari ini bermula menerusi laman Shopee rasmi Infinix dalam pilihan warna Sleek Black, Vibrant Blue, Sage Green dan Dreamy Purple.