Samsung Galaxy A16 5G Dilancarkan Dengan Kemaskini Android dan Sekuriti Selama 6 Tahun
Amy Maizuraa
Samsung Galaxy A16 5G telah ditemui tersenarai di laman web rasmi Samsung Belanda. Antara yang menjadi tumpuan adalah sokongan kemaskini android dan sekuriti selama enam tahun yang diberikan padanya. Sekaligus menjadi antara peranti dalam siri Galaxy A yang terawal menerima kemaskini berkenaan.

Peranti juga dilengkapi skrin Super AMOLED 6.7-inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Kemudian dipadankan dengan cip pemprosesan lapan teras bersama pilihan memori 4GB RAM dan storan dalaman 128GB. Terdapat juga ruang microSD yang boleh dikembangkan mencapai 1.5TB disediakan sekiranya perlu. Bateri pula sebesar 5000mAh yang boleh dicas melalui port USB-C. Samsung melengkapkan lagi peranti dengan kamera utama 50MP + 5MP + 2MP, swafoto sebesar 13MP dan kalis air IP54. Peranti juga boleh didapati dalam pilihan warna Blue Black, Light Gray, Gold dan Light Green.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.