Sejumlah Perkhidmatan Maybank Akan Tergendala Untuk Sementara Pada 9 Oktober
Amy Maizuraa
Maybank mengumumkan bahawa beberapa perkhidmatan utamanya tidak boleh diakses sementara waktu diantara jam 11:30 hingga 11:59 malam pada 9 Oktober 2024. Gangguan tersebut melibatkan perkhidmatan seperti pembayaran atas talian Maybank2U, aplikasi MAE, aplikasi QRPay Biz, aplikasi Maybank Wealth, pembayaran FPX, transaksi kad debit, mesin ATM dan mesin deposit cek.

Ia juga dikatakan berlaku disebabkan penyelenggaraan sistem sebagai persediaan untuk kempen beli-belah bulanan 10.10 bertujuan untuk memastikan tiasa sebarang masalah yang tidak diingini berlaku sewaktu tempoh berkenaan. Pihak Maybank turut memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku serta menghargai kerjasama ramai pihak dalam isu berkenaan.
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di email [email protected].