Siri Vivo X200 Akan Mempunyai Tiga Model Berbeza – X200, X200 Pro Dan X200 Pro Mini
Amy Maizuraa
Vivo kini berkongsi rekabentuk rasmi untuk telefon mercu siri X200 baharu melalui kemaskini di Weibo. Ianya terdiri tiga model berbeza iaitu Vivo X200, X200 Pro Mini dan X200 Pro. Vivo turut menggunakan padanan tubuh rata bersama bonggol kamera berbentuk bulat di belakang.

Keadaan yang bermakna memungkinkan peranti boleh digunakan dengan selesa dalam pelbagai keadaan. Teknologi skrin yang digunakan boleh mempunyai ciri uniknya tersendiri. Seterusnya model Pro Mini adalah jawapan Vivo untuk pengguna yang mahukan peranti bersaiz kompak.

Siri X200 diyakini mampu meneruskan momentum kecemerlangan yang dipamerkan pada generasi terdahulu. Antara yang disebut-sebut dan diberi tumpuan semestinya hal yang berkaitan kecerdasan buatan, sistem kamera, cip pemprosesan dan bateri.



Vivo melengkapkan lagi peranti dengan lensa telefoto ZEISS APO 200MP yang menawarkan panjang fokus diantara 24 hingga 135mm untuk membolehkan pengguna kekal pada jarak yang selesa dengan subjek. Terdapat juga mod “Telephoto Macro” bertujuan untuk tangkapan imej yang lebih tajam di samping mod “Landskap” yang direka untuk merakam adegan dengan perincian sebaiknya.

Kemampuan rakaman video diberi naik taraf menarik dengan ciri gerak perlahan 4K 120fps, log 10-bit dan video potret 4K. Ia turut dikuasai oleh cip pengimejan Vivo V3+ dan sensor Sony LYT-818 yang direka khusus untuk pengalaman fotografi bertaraf profesional. Selain itu diyakini mampu menyediakan kualiti dan prestasi pengimejan yang baik melalui sistem kamera ZEISS.

Cip Mediatek Dimensity 9400 juga digunakan dengan ciri berasaskan AI terbina. Ia juga dibangunkan dengan kerjasama diantara Mediatek dan Vivo dalam menyediakan penggunaan cukup baik. Malahan turut menaiktaraf prestasi dengan teknologi bateri karbon-silikon yang diyakini mampu berfungsi jauh lebih baik dalam pelbagai keadaan. Vivo mengesahkan peranti akan dilancarkan secara rasmi pada 14 Oktober 2024.
[sumber] Weibo [/sumber]