Indonesia Ingin Buang Aplikasi Temu Dari Gedung Aplikasi – Halang Operasinya Di Negara Tersebut
Aman
Temu masih tidak beroperasi di Indonesia lagi buat masa ini, tetapi aplikasi berkenaan telah mula diperlihatkan di Google Play Store dan juga Apple App Store. Selari perkara berkenaan, kini pihak kerajaan Indonesia sedang melihat untuk mengharamkan perkhidmatan berkenaan dan membuang aplikasi berkenaan untuk pengguna negara tersebut.
Indonesia mengatakan Temu menganggu dari segi ekonomi dan masyarakat – dan disebabkan itu, tiada peluang akan diberikan untuk perkhidmatan berkenaan. Temu sebelum ini telah beberapa kali mencuba untuk mendaftar operasi di Indonesia, tetapi tidak dibenarkan.
Indonesia inginkan ruangan digital mereka dipenuhi dengan perkara yang membantu masyarakat lebih produktif dan menjana keuntungan.
Temu pada hari ini beroperasi di sejumlah negara, termasuk Malaysia. Untuk makluman, sebelum ini Indonesia turut pernah mengharamkan TikTok Shop – yang mana selepas itu TikTok Shop mengambil langkah untuk mendapatkan pegangan pada Tokopedia dalam meneruskan operasi di negara tersebut.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.