Kaspersky Labs Kini Menutup Perniagaan Di UK Pula
Nazrin
Beberapa bulan selepas Kaspersky Labs, syarikat pengelola perisian keselamatan PC yang berasal dari Russia dipaksa untuk menutup perniagaan mereka di Amerika Syarikat, ia telah dilaporkan bahawa mereka akan mula menutup perniagaan mereka di United Kingdom pula.
Perkara ini dilaporkan oleh TechCrunch, yang mengesahkan bahawa pasukan syarikat tersebut, yang hadir dengan kurang dari 50 pekerja akan diberhentikan pada secara berperingkat, dimana pengakhirannya ialah pejabat syarikat tersebut di London akan ditutup.
Berbeza dengan apa yang berlaku di Amerika Syarikat, para pelanggan individu dan korporat Kaspersky Labs masih lagi boleh menggunakan perisian sekuriti mereka, cuma sebarang pertanyaan dan pembelian perisian akan dilakukan menerusi pasukan Kaspersky Labs yang beroperasi di kawasan Eropah.
Kaspersky Labs mengatakan bahawa perkara ini dilakukan untuk menyelaraskan perniagaan mereka di rantau tersebut. Untuk pengguna baru dan sedia ada, perkara ini tidak akan menukar apa-apa dari segi sokongan dan perkhidmatan pelanggan.
Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah Kaspersky Labs akan menutup perkhidmatan di UK mereka sepenuhnya, tetapi jangkaan kami ialah ia akan berlaku tidak lama lagi.
[sumber]TechCrunch[/sumber]
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.