Apple Watch Series 10 Dan AirPods 4 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia
Aman
Selepas pengenalan iPhone 16 tempoh hari, kini Apple dilihat telah turut membawa masuk dua lagi produk baharu untuk pengguna tempatan – iaitu Apple Watch Series 10, dan juga fon telinga nirwayar mereka, AirPods 4.

Apple Watch Series 10 hadir dalam pilihan saiz 42mm dan juga 46mm, dimana kini ia menawarkan rekaan skrin lebih besar berbanding sebelumnya, lebih nipis dan ringan, serta dikuasakan dengan cip Apple S10 yang baharu. Salah satu ciri kesihatan baharu yang disertakan adalah kebolehan mengenal-pasti tidur apnea melaluinya. Apple Watch Series 10 ditawarkan pada harga bermula RM1799.
Sementara untuk AirPods 4 pula, versi biasa ditawarkan pada harga bermula RM599, dan versi dengan sokongan pembatalan hinggar aktif ditawarkan pada harga RM829.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan tempahan pembelian kedua-dua produk ini melalui Apple Online Store hari ini. Buat masa ini, sokongan pengambilan di Apple Store masih tidak ditawarkan lagi.