Timbalan Perdana Menteri kini berkongsi mengatakan Malaysia akan mengurangkan penjanaan tenaga berasaskan arang batu secara berperingkat, dan tiada sebarang stesen jana kuasa elektrik arang batu baharu akan dibuka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut berkongsi beberapa sasaran melibatkan penjanaan tenaga. Malaysia menyasarkan peningkatan penggunaan tenaga boleh diperbaharui mencapai 40$ dalam campuran bahan api negara menjelang 2035, dan angka berkenaan dijangka meningkat 70% menjelang 2050 kelak.
Pada hari ini, kapasiti tenaga boleh diperbaharui berada pada paras 28%.
Selain itu, ia turut dikongsikan kerajaan ke arah meningkatkan fleksibiliti grid sebanyak 20%, melalui pelaburan pada grid pintar dan sistem simpanan tenaga menjelang 2035.
Pada peringkat global, permintaan terhadap tenaga hijau semakin meningkat, dan Malaysia kini ingin merebut peluang berkenaan, sekaligus menarik lebih banyak pelaburan asing ke dalam negara.