DJI Bakal Melancarkan Produk Baharu Pada 15 Oktober 2024
Amy Maizuraa
DJI dilihat berkongsi tarikh pelancaran untuk produk baharu yang dijadualkan berlangsung pada 15 Oktober 2024. Butiran lanjut tidak diperincikan mengenai produk itu, namun mereka dijangka memperkenalkan dron baharu yang boleh mengubah pengalaman pengguna. Ia juga dipercayai boleh menjadi pengumuman untuk DJI Air 3S baharu yang boleh diberi peningkatan dari aspek prestasi.

Berdasarkan maklumat yang tertiris, ia dijangka menyokong rakaman 4K/60FPS, gerak perlahan 4K/120FPS, HLG dan D-Log M 10-bit. Dalam masa sama boleh menawarkan keupayaan penerbangan pintar seperti mengelak halangan dan Return-to-Home sekiranya diperlukan. Adakah anda teruja untuk tahu dengan lebih lanjut? Nantikan kemaskini selanjutnya daripada pihak DJI dalam masa terdekat.
[sumber] DJI New Products – DJI [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.