The Wayback Machine Digodam – Maklumat 31 Juta Pengguna Tertiris
Nazrin
Internet Archive, khususnya The Wayback Machine ialah sebuah perkhidmatan digital dimana salinan laman web yang tidak lagi dihoskan disimpan untuk tujuan pemeliharaan data. Baru-baru ini, ia dilaporkan bahawa laman web tersebut telah digodam, dan butiran sekitar 31 juta pengguna laman web tersebut telah tertiris.

Awal minggu ini, apabila pengguna melawat laman The Wayback Machine, sebuah tetingkap popup akan keluar memberi pengumuman kepada pengguna laman web tersebut bahawa laman web tersebut telah digodam, dan alamat emel yang digunakan untuk mendaftar sebagai pengguna kepada laman web tersebut akan dilihat pada laman web Have I Been Pwned.
Menurut laporan daripada Bleeping Computer, butiran-butiran yang dicuri oleh penggodam ini termasuklah alamat emel, nama samaran pengguna, cap masa pertukaran kata laluan, kata laluan yang telah disulitkan menggunakan Bcrypt dan sejumlah butiran lain.

Data ini diperolehi melalui fail pengkalan data SQL bersaiz 6.4GB, dan mengandungi butiran untuk seramai 31 juta pengguna, dan disahkan sendiri oleh pemilik laman web Have I Been Pwned, Scott Helme. Secara lazimnya, HIBP digunakan untuk memeriksa samada alamat emel yang digunakan sudah dikompromi kata laluannya pada pelbagai jenis laman web dan perkhidmatan atas-talian yang digunakan.
Beliau juga mengesahkan kejituan kata laluan yang dicuri dan mengatakan bahawa semua data yang diperolehi oleh penggodam tersebut adalah tepat. Scott telah bertindak untuk memberi notis kepada pihak Internet Archive, tetapi tidak sehingga kini tidak memberi sebarang maklum balas.

Perkara ini dikeruhkan lagi dengan insiden baru dimana Internet Archive dilihat menghadapi serangan DDoS yang menyebabkan laman web tersebut sukar untuk diakses. Mereka diserang kerana dipercayai bahawa ia dimiliki oleh kerajaan Amerika Syarikat, yang merupakan tali barut Israel.
[sumber]Bleeping Computer[/sumber]