Wimbledon Menggantikan Penjaga Garisan Manusia Dengan AI Bermula 2025
Effi Saharudin
Wimbledon ialah antara empat acara Grand Slam dalam sukan tenis yang berlangsung setiap tahun. Padang hijau Wimbledon menggunakan penjaga garisan manusia tetapi bermula tahun depan, tradisi selama 147 tahun berakhir kerana mereka akan digantikan dengan kecerdasan buatan (AI). Hanya seorang sahaja pengadil manusia akan diperlukan selepas ini.

Sistem penjaga garisan Live Electronic Line Calling (Live ELC) telah diuji pada acara Wimbledon tahun ini dengan jayanya. Oleh sebab itu All England Lawn Tennis Club yang menganjurkan acara berkata, teknologi AI kini bersedia menggantikan penjaga garisan manusia untuk mengesan bola keluar daripada gelanggang dan sebarang kesalahan dilakukan oleh pemain.
Dengan ini hanya Terbuka Perancis menjadi satu-satunya acara Grand Slam yang masih menggunakan penjaga garisan manusia bagi mengadili keputusan di atas gelanggang.