Zoom Memperkenalkan Ciri Avatar Realistik Sebagai Pengganti Diri Dalam Mesyuarat
Effi Saharudin
Adakah anda merasakan sesi telesidang adalah lebih baik digantikan sahaja dengan teks kerana kurang membuang masa? Jika ya Zoom akan memperkenalkan ciri AI Companion yang boleh digunakan sebagai pengganti diri bagi menghadiri sesi telesidang bermula tahun hadapan.

AI Companion memerlukan pengguna mereka klip video pendek selama beberapa saat. Menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI), sebuah avatar realistik menggunakan imej sebenar bole dijana oleh Zoom dengan ia boleh melalukan pembentangan menggunakan teks yang diberikan. Pengerasan mulut AI Companion turut akan diselarikan degan audio yang dijana secara automatik.
Menurut Zoom, sistem keselamatan terbina mereka akan memastikan teknologi ini tidak disalahgunakan bagi tujuan penipuan. Ini adalah penting kerana sudah wujud kes kakitangan ditipu memberikan wang kepada insan yang menyamar sebagai majikan dalam aplikasi telesidang. Ciri AI Companion akan ditawarkan bermula separuh tahun permata 2025 dengan bayaran langganan tambahan $12 (~RM 52) sebulan .
[sumber] Zoom [/sumber]