Carian
AMD
Cip AI AMD Instinct MI325X Dilancarkan Sebagai Pesaing Blackwell
October 11, 2024 Effi Saharudin

Cip kecerdasan buatan (AI) AMD Instinct MI325X dilancarkan pagi ini sebagai jawatan AMD kepada cip NVIDIA Blackwell. AMD Instinct MI325X dibina menggunakan senibina AMD CDNA yang digunakan pada cip AMD Instinct MI300X yang dilancarkan tahun lalu.

Ia turut dilengkapi memori 256GB HBM3E yang menurut AMD menjadikannya lebih pantas jika dibandingkan dengan cip NVIDIA H200. Oleh itu MI325X dipasarkan sebagai pesaing kepada NVIDIA Blackwell B200.

Pengeluaran MI325X akan dimulakan sebelum penghujung 2024 dengan pelanggan akan menerima cip pada suku pertama 2025. Dell Technologies, Eviden, Gigabyte, Hewlett Packard Enterprise, Lenovo, dan Supermicro sudahpun disahkan sebagai pelanggan cip baharu ini.

AMD turut berkata cip MI350 akan dilancarkan pula pada tahun 2025 dan MI400 pula pada tahu 2026. MI400 akan dibina menggunakan teknologi baharu AMD CDNA 4 yang dijangka menawarkan peningkatan 35x dalam kemampuan inferens berbanding generasi terdahulu.

Komen