MyDigital ID Kini Mempunyai Lebih 1 Juta Pengguna Berdaftar
Aman
MyDigital ID, platform pengurusan dan pengesahan identiti yang disokong kerajaan, kini memaklumkan angka pendaftaran pengguna di MyDigital ID kini telah mencapai lebih 1 juta pengguna dalam tempoh kurang setahun.

Sebelum ini, MyDigital ID telah diumumkan pada November 2023, dan pembukaan pendaftaran telah dilakukan secara berfasa. Pada awalnya, pengguna perlu ke kiosk khusus atau ke Tealive untuk pengesahan – dan kemudiannya, pendaftaran secara atas-talian turut diperkenalkan.
Pada hari ini, integrasi MyDigital ID telah dilakukan pada beberapa perkhidmatan, termasuk pada HRMIS, MySejahtera, MyGov, dan juga MyJPJ. Pihak MyDigital ID turut menyasarkan integrasi bersama beberapa aplikasi popular dalam masa akan datang, selain perkhidmatan lain menjelang suku ke-4 2024 ini.
Bagi anda yang ingin mendaftar, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi MyDigital ID melalui Google Play Store atau Apple App Store, dan memulakan pendaftaran melaluinya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.