Kod Tatalaku Pelesenan Penyedia Platform Media Sosial Akan Diumumkan Selewatnya Penghujung Oktober 2024 Ini
Aman
Menteri Komunikasi kini berkongsi menyatakan kod tatalaku pelesenan penyedia platform media sosial akan diumumkan selewat-lewatnya pada penghujung Oktober 2024 ini. Buat masa ini, ia masih dalam fasa penyediaan draf kod tatalaku oleh pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan hasrat akan memperkenalkan pelesenan untuk semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang mencapai angka pengguna sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia. Lesen Khas ini dijangka akan dukuat-kuasa bermula 1 Januari 2025 kelak.
Melalui kod tatalaku ini, ia akan memudahkan penyedia perkhidmatan media sosial lebih memahami tugas dan tanggungjawab mereka dalam memastikan keharmonian dan keselamatan kepada pengguna di Malaysia ketika menggunakan platform masing-masing.
Menteri Komunikasi turut menjelaskan yang mana kod ini akan berubah mengikut peredaran masa dan perkembangan platform media sosial.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan penghujung Oktober ini untuk melihat kod tatalaku ini.