Carian
Angka Pembuangan Pekerja TikTok Malaysia Melibatkan 481 Orang
October 12, 2024 Aman

Lanjutan daripada laporan pembuangan pekerja TikTok di Malaysia, kini ia disahkan melibatkan 481 orang pekerja. Buat masa ini, pihak TikTok Malaysia masih mempunyai sekitar 3700 pekerja di Malaysia selepas pembuangan berkenaan.

Dengan pengesahan baharu ini, angka berkenaan adalah 481 orang pekerja, dan bukannya mencapai 700 orang seperti diperkatakan di arena internet.

TikTok mengurangkan angka tenaga kerja manual mereka selari dengan penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan dalam menguruskan tugasan berulang – membolehkan mereka mencapai kadar kejituan lebih tinggi. Sejumlah pekerja yang terkesan ini adalah pekerja pada bahagian pengawasan dan penapisan kandungan.

Pengurangan pekerja ini dijangka tidak akan memberikan sebarang kesan kepada operasi mereka di Malaysia, termasuk akan aktif bekerjasama dengan pihak berkuasa. TikTok juga dijangka membuka beberapa jawatan baharu, memfokuskan perkomputeran awan dan pusat data di Malaysia.

Komen