Luno Malaysia Akan Buang Sokongan Log Masuk Menggunakan Akaun Facebook
October 12, 2024
Aplikasi
Rantaian Blok
Aman
Luno kini mula memaklumkan para pengguna, menyatakan akan membuang ciri log masuk menggunakan akaun Facebook kelak pada 22 Oktober 2024 ini. Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu log masuk menggunakan kaedah alternatif, termasuk menggunakan emel.

Selari dengannya, kini Luno telah mula meminta para pengguna untuk menghubungkan akaun mereka dengan emel, sekaligus mengelak sebarang gangguan untuk mengakses perkhidmatan berkenaan kelak.
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Luno, boleh mengemaskini profil anda, sekaligus memastikan akses anda ke dompet kriptowang berkenaan tidak mengalami sebarang gangguan pada masa akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.