Poco Akan Menamatkan Laman Web Rasmi Pada 31 Disember
Aman
Poco kini mengumumkan mereka akan menamatkan laman web global rasmi dibawah domain po.co berkuat-kuasa 31 Disember 2024 kelak. Selepas tarikh berkenaan, pengguna akan dibawah ke domain mi.com untuk urusan melihat pelbagai produk dibawah jenama Poco.
Selain laman web, pelbagai perkara melibatkan khidmat pelanggan dan perkhidmatan lain akan turut ditawarkan melalui Xiaomi selepas ini. Langkah sebalik perkara ini tidak dinyatakan.
Penawaran lain dijangka tidak mengalami sebarang perubahan. Pihak Poco menyatakan semua produk yang dibeli akan terus disokong melalui khidmat jualan Xiaomi. Ia tidak diketahui lagi sama ada perubahan ini akan memberikan impak terhadap pengenalan produk-produk baharu Poco pada masa akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.