Honor Mengesahkan Siri Magic7 Akan Dilancarkan Pada Bulan Ini
Amy Maizuraa
Nampaknya bukan satu tetapi dua buah telefon pintar baharu Honor akan tiba pada bulan ini. Ia didedahkan melalui kemaskini weibo yang menunjukkan pelancaran telefon mercu siri Honor Magic7 juga telah dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober 2024.

Pelancaran yang bertemakan “Witness the AI Magic” itu memberi bayangan tentang kejayaan Honor dalam bidang kecerdasan buatan (AI). Selain diyakini memperkukuhkan lagi teknologi itu untuk pengalaman penggunaan lebih inovatif dan responsif.
Dalam perkongsian yang sama, Honor turut menyatakan bahawa sistem operasi MagicOS 9.0 akan diumumkan pada 23 Oktober 2024. Siri Magic7 dikatakan menjadi yang terawal akan menggunakan sistem operasi baharu ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.