Adobe Menambah Sokongan Janaan AI Untuk Mengisi Bingkai Video Melalui Premiere Pro
Aman
Adobe hari ini mengumumkan pengenalan Generative Extend pada Premiere Pro, sekaligus membolehkan penggunaan sokongan janaan berasaskan kecerdasan buatan dalam menambah beberapa bingkai tambahan pada projek video yang sedang dibangunkan.

Dengan langkah ini, pengguna tidak perlu pening sekiranya tidak mencukupi beberapa bingkai video tambahan dalam sesuatu projek – dimana sokongan janaan berasaskan kecerdasan buatan akan mengisi dengan kandungan berkaitan selari bingkai video sebelum ini.
Ciri ini diperkenalkan pada Premiere Pro Beta buat masa ini. Melalui demo yang diperlihatkan, pengguna boleh menggunakan sokongan ini dengan hanya perlu drag sesuatu bingkai video melalui pilihan Generative Extend sahaja.
Buat masa ini, ia terhad kepada beberapa had, termasuk untuk nisbah video 16:9 dan pada resolusi 1920×1080 atau 1280×720 sahaja. Bagi anda yang menggunakan Premiere Pro Beta, boleh mencubanya bermula hari ini.