Carian
Pandang Pertama Siri Vivo X200 – Kali Ini Ada Model Pro Mini  
October 15, 2024 Amy Maizuraa

Siri Vivo X200 telah dilancarkan kepada umum di Beijing dengan rekaan yang banyak diketengahkan pada beberapa generasi sebelum. Malah Vivo mengambil langkah berani dengan memperkenalkan versi Mini yang boleh dianggap sebagai jawapan Vivo kepada mereka yang menginginkan sebuah peranti dengan spesifikasi canggih dan bersaiz kompak. Amanz berpeluang melihat dengan lebih dekat kesemua model baharu ini dan apa yang menarik siri kali ini? Berikut dikongsikan artikel pandang pertama untuk siri X200.


Vivo X200VIVO X200 ProVIVO X200 Pro Mini
6.67″ AMOLED, 120Hz
HDR10+, 4500 nits
6.78″ AMOLED, 120Hz
HDR10+, 4500 nits
6.31″ AMOLED, 120Hz
HDR10+, 4500 nits
Dimensity 9400 (3 nm)

1×3.63 GHz Cortex-X925
3×3.3 GHz Cortex-X4
4×2.4 GHz Cortex-A720
Dimensity 9400 (3 nm)

1×3.63 GHz Cortex-X925 3×3.3 GHz Cortex-X4 4×2.4 GHz Cortex-A720
Dimensity 9400 (3 nm)

1×3.63 GHz Cortex-X925 3×3.3 GHz Cortex-X4 4×2.4 GHz Cortex-A720
Immortalis-G925Immortalis-G925IImmortalis-G925
16GB LPDDR5X16GB LPDDR5X12 G16GB LPDDR5X
1TB UFS 4.01TB UFS 4.01TB UFS 4.0
Kamera Utama
50 MP, f/1.6, (utama) OIS
50 MP, f/2.6 (telefoto)
50 MP, f/2.0 (ultra-lebar)
ZEISS
Kamera Utama
200 MP, f/1.6, (telefoto) OIS
50 MP, f/2.6 (utama)
50 MP, f/2.0 (ultra-lebar)
ZEISS
Kamera Utama
50 MP, f/1.6, (utama) OIS
50 MP, f/2.6 (telemakro)
50 MP, f/2.0 (ultra-lebar)
ZEISS
Kamera Hadapan
32MP
Kamera Hadapan
32MP
Kamera Hadapan
32MP
IP68/IP69IP68/IP69IP68/IP69
Tiada bicu audioTiada bicu audioTiada bicu audio
Audio StereoAudio StereoAudio Stereo
5800mAh
Berwayar 90W
6000mAh
Berwayar 90W
Nirwayar 30W
5,700mAh
Berwayar 90W
Nirwayar 30W
bermula RMB 4299
(~RM2605)
bermula RMB5299
(~RM3211)
bermula RMB 4699
(~RM2847)

Rekaan Dan Skrin

Dalam sesi cubaan ringkas ini, kami diberi peluang untuk menguji ketiga-tiga model termasuk versi mini yang belum dapat dipastikan sama ada ditawarkan di Malaysia atau sebaliknya buat masa ini. Melihat pada penggayaan luar, rekaan ketiga-tiganya diinspirasikan daripada moden-model yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Elemen yang sama digunakan, siri Vivo X200 didatangkan dengan bahagian belakang sejenis kaca, bonggol kamera bulat besar dan penjenamaan ZEISS yang mengesahkan kerjasama semula dengan pakar teknologi optik Jerman itu.  Kesemuanya juga mempunyai berat yang bagus dalam usaha mencapai keseimbangan ideal antara kestabilan dan keselesaan umum.

Vivo X200 Pro
Vivo X200 Pro
Vivo X200 Pro

Siri baharu ini tersedia dalam tiga versi iaitu X200, X200 Pro dan X200 Pro Mini dengan setiap inci rekaan yang seimbang dari pelbagai sudut untuk menampilkan keanggunan dalam keselesaan kepada pengguna. Misalnya seperti Vivo X200 dan X200 Pro mengetengahkan konsep paparan melengkung di bahagian hadapan dan belakang yang digandingkan dengan bingkai logam yang rata.

Sementara itu Vivo X200 Pro Mini pula direka dengan bahagian hadapan dan belakang yang rata sepenuhnya bagi memudahkan ia dipegang dengan lebih erat bersama-sama bingkai logamnya. Kali pertama memegang X200 Pro Mini sememangnya terasa seperti peranti iPhone dengan tubuh yang padat, premium dan selesa di dalam genggaman tangan. Selain skrin yang kecil, panel belakang juga tidak mudah memerangkap kotoran kerana kemasannya tidak licin.

Vivo X200
Vivo X200
Vivo X200

Skrin adalah lebih besar mencapai 6.78-inci LTPO AMOLED serta sokongan kadar segar semula 120Hz digunakan pada Vivo X200 Pro. Sementara itu sedikit lebih kecil pada versi Vivo X200 yang bersaiz 6.67-inci sementara itu X200 Pro Mini pula sebesar 6.31-inci. Kedua-duanya juga menyokong panel sejenis AMOLED yang beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Bezel tahun ini juga semakin nipis dengan ia membuatkan ia semakin hampir kelihatan panel kaca sepenuhnya.

Dengan panel AMOLED, skrin sudah tentunya mempunyai warna, kontra dan sudut tontonan cukup baik khususnya digunakan dalam kawasan yang tertutup. Ia juga bukan sesuatu yang baharu malahan sejak generasi sebelum ini lagi, prestasi sebegini boleh dirasai. Skrin kesemua versi peranti juga dipetingkatkan dengan ZEISS Natural Color untuk penghasilan warna yang semula jadi dalam sesebuah kandungan, di samping memperluaskan lagi kerjasama diantara kedua-dua syarikat yang melangkaui kamera semata-mata.

Vivo X200 Pro Mini
Vivo X200 Pro Mini

Kemampuan biometri pula sejenis pengimbas cap jari optikal terbina di skrin dengan kedudukan yang ergonomik untuk melakukan proses nyahkunci. Selain itu mempunyai sistem imbasan wajah sebagai pilihan lain. Sisi kanan menempatkan butang kuasa dan laras audio. Seterusnya slot kad SIM pula diletakkan pada bahagian bawah bersebelahan dengan port pengecasan USB-C dan pembesar suara. Kesemua peranti juga sebenarnya dilengkapi sistem audio stereo dan piawaian kalis air IP68/IP69 secara rasmi. Cumanya sekali lagi tiada pemancar merah, bicu audio 3.5mm dan sokongan kad mikroSD yang disediakan.


Perkakasan Dan Perisian

Menjengah ke perkakasan dalaman, untuk spesifikasi Vivo X200, X200 Pro dan X200 Pro Mini, ketiga-tiganya dilengkapi cip pemprosesan Mediatek Dimensity 9400, yang juga dilengkapi dengan keupayaan AI generatif pada peranti. Cip pemprosesan ini dihasilkan dengan teknologi 3nm generasi kedua dengan kerjasama diantara Vivo, ARM dan MediaTek. Ia juga menjanjikan prestasi 35% lebih berkuasa bersama kecekapan grafik 41% lebih baik.

Ini sepatutnya mampu mempercepatkan proses melancarkan aplikasi dan mengurangkan penggunaan bateri. Kemudian dipadankan pula dengan keupayaan Ray Tracing sebanyak 40% lebih baik untuk menjadikan peranti boleh mencapai 90FPS dalam permainan Arena Breakout. Setiap model juga menyokong memori sehingga 16G RAM dan storan dalaman 1TB.  Kombinasi yang lebih daripada memadai kemudian menariknya lagi apabila kesemua peranti boleh menambah memori sehingga 16GB RAM secara maya.

Sekali lagi ia tidak boleh dimatikan sebaliknya berfungsi secara automatik terus daripada ruangan tetapan. Perisian digunakan pula ialah OriginOS 5 berasaskan Android 15 yang turut diintegrasikan dengan sejumlah ciri-ciri berasaskan kecerdasan buatan seperti Origin Island, kebolehan meringkaskan artikel, mencari butiran imej dan lain-lain. Namun kita boleh menjangkakan bahawa perisian FunTouchOS 15 berasaskan Android 15 akan digunakan pada peranti global kelak.

Versi Pro juga hadir dengan satu ciri baharu yang amat berguna dalam situasi kecemasan. Sistem komunikasi kecemasan ini adalah berasaskan sambungan bluetooth sahaja. Ia dibangunkan oleh Vivo dengan kerjasama MediaTek. Dalam situasi kecemasan tiada rangkaian selular, internet atau sambungan kepada satelit terhalang, sistem ini boleh menghantar mesej SOS bagi mendapatkan bantuan sehingga jarak 4 kilometer.

Dalam situasi terperangkap di dalam runtuhan bangunan pula misalnya, sistem ini adalah perbezaan antara mendapatkan bantuan ataupun tidak. Segala mesej teks, panggilan suara bahkan maklumat mengenai keadaan fizikal tubuh boleh dihantar kepada pihak berkuasa menerusi sistem ini. Vivo telah melakukan ujian dengan agensi bantuan gempa bumi di tiga lokasi di China bagi memastikan sistem ini beroperasi seperti sepatutnya.


Tetapan Kamera

Spesifikasi kamera adalah berbeza mengikut jenis versi peranti. Vivo X200 Pro dilengkapi tri-kamera dengan tetapan 50MP (1/1.28″ Sony LYT-8180) utama + 50MP ultra-lebar + 200MP (ISOCELL HP9 1/1.4”) telephoto sambil dijana oleh cip pengimejan Vivo V3+. Ia juga menggunakan lensa telefoto ZEISS APO 200MP yang menawarkan panjang fokus diantara 24 hingga 135mm untuk membolehkan imej dapat dirakam sebaiknya sama ada dari jarak dekat dan jauh. Sekaligus memastikan kualiti imej yang tinggi dalam pelbagai senario walaupun pada tahap zum yang tinggi.

Terdapat juga Telephoto Macro Mode bertujuan untuk tangkapan imej lebih tajam di samping Landcsape Mode yang direka untuk merakam adegan dengan perincian sebaiknya. Selain itu Snapshot Mode bagi membolehkan kamera mengunci subjek bergerak pantas serta mengambil gambar tepat pada waktunya. Kemampuan rakaman video turut diberi naik taraf dengan keupayaan video 8K30FPS, gerak perlahan 4K/120FPS, Log 10-bit dan video potret 4K. Selain itu mempunyai teknologi salutan anti-reflektif ZEISS T* untuk memastikan penghasilan semula warna yang tepat sambil mengurangkan silau. ebolehan zum pula sehingga 3.8x optikal, seterusnya meningkat kepada 100x digital.

Melengkapinya lagi adalah penstabilan imej tahap CIPA 4.5 SLR yang bermakna kamera telah melepasi standard ujian CIPA tahap 4.5. Selain itu dikuasai oleh ISP terkini Vivo V3+ yang membolehkan kamera peranti merakam video potret 4K dengan fungsi suntingan pasca-penerbitan (yang juga dikenali sebagai pos-produksi) secara terbina di samping menyokong rakaman video dengan ciri Dolby Vision.

Sebanyak lima panjang fokus ditawarkan pada kamera peranti iaitu 24mm, 35mm, 50mm, 85mm dan 135mm. Diikuti juga tujuh kesan bokeh ZEISS untuk dipilih yang terdiri dengan Biotar, B-speed, Sonnar, Plannar, Distagon, Cine-flare dan Cinematic. Melengkapinya juga ialah kawalan kesan bokeh yang boleh dilaras mengikut kesesuaian pengguna sendiri. Sebagai pilihan pengguna juga boleh memilih kesan bokeh dengan panjang fokus yang telah dilaraskan secara langsung melalui ciri Portrait Lens Kit.

Sementara itu, Vivo X200 tidak mempunyai sensor 200MP seperti versi Pro tetapi menggunakan kamera utama 50MP (IMX921, 1/1.56”) dengan OIS. Kemudian diikuti dengan dua lagi sensor 50MP ultra lebar (15mm) dan telefoto periskop (70mm) yang juga disertakan dengan zum optikal 3X dan zum digital 100X. Sekali lagi teknologi salutan anti-reflektif ZEISS T* bagi memastikan penghasilan semula warna yang tepat sambil mengurangkan silau.

Seterusnya Vivo X200 Pro Mini juga mempunyai persediaan kamera yang disokong ZEISS sama seperti adik beradiknya yang lebih besar. Kamera utama 50MP (Sony LYT-818, 1/1.28”) diletakkan di belakang bersama 50MP ultra lebar (ISOCELL JN) dan telemakro periskop 50MP (zum optik 3x dan zum digital 100X). Kelebihan lain turut boleh dilihat apabila cip IPS V3+ digunakan pada kedua-dua versi X200 dan X200 Pro Mini. Tidak ketinggalan, kamera swafoto 32MP turut dimuatkan pada kesemua peranti siri X200.


Bateri Dan Pengecasan

Kesemua model baharu ini juga menawarkan bateri berteknologi BlueVolt yang dibangunkan bersama ATL untuk meningkatkan prestasi bateri dalam pelbagai jenis persekitaran. Ia juga didakwa boleh berfungsi dengan baik meskipundalam suhu rendah melampau di bawah -20°C. Model X200 Pro mempunyai bateri 6,000mAh dan Pro Mini pula sebesar 5,700mAh. Kedua-duanya juga dilengkapi dengan pengecasan pantas berwayar 90W dan nirwayar 30W. Sementara itu model X200 menggunakan bateri 5,800mAh yang boleh dicas semula menggunakan sistem pengecasan pantas 90W melalui port USB-C. Tiada sistem pengecasan nirwayar diberikan pada model X200.


Kesimpulan

Cubaan ringkas mendapati siri Vivo X200 akan menjadi persaing yang serius dalam pasaran telefon mercu premium. Gabungan spesifikasi yang standing, sistem kamera lebih mantap dan rekaannya juga nampak lebih seksi khususnya untuk versi Mini. Oleh itu kami tidak sabar untuk mengulas salah satu telefon pintar ini sekiranya dilancarkan ke pasaran global kelak untuk melihat kemampuannya dengan lebih menyeluruh.

Komen