Elon Musk Membangunkan Kluster Superkomputer X.AI Dengan 100 Ribu Kad Grafik NVIDIA H200 Dalam Masa 19 Hari
Nazrin
Jensen Huang, CEO NVIDIA baru-baru ini telah hadir dalam satu temubual bersama-sama kumpulan Tesla Owners Silicon Valley, dan salah satu topik yang dibincangkan ialah tentang pelan Elon Musk untuk membangunkan sebuah kluster superkomputer yang dikuasakan oleh 100 ribu kad grafik AI NVIDIA H200.
Beliau mengatakan bahawa kemahuan dan kebolehan untuk membangunkan sebuah pusat superkomputer dengan jumlah kad grafik banyak tersebut bukanlah sesuatu yang baru. Akan tetapi, apa yang membuatkan perkara ini unik ialah Elon Musk dan pasukannya di X.AI dan juga NVIDIA dilihat telah berganding tenaga untuk melakukannya semua dalam masa 19 hari sahaja.

Jensen Huang mengatakan bahawa secara lazimnya, sebuah pusat data dengan kapasiti pemprosesan sebegini ini akan memerlukan masa sekitar empat tahun untuk dibangunkan. Tiga tahun akan diperlukan untuk fasa perancangan dan mereka-bentuk pusat data ini untuk memastikan bahawa kuasa dan penyejukan adalah mencukupi untuk menguasakan pusat data ini, dan supaya ia boleh digunakan dengan perisian dan teknologi syarikat sedia ada. Satu tahun lagi lazimnya diperlukan untuk membina infrastruktur tersebut.

Akan tetapi, Elon Musk bukanlah seorang yang penyabar, dan infrastruktur kluster superkomputer ini dibincangkan, direka dan dibina semuanya dalam masa lebih kurang dua minggu sahaja. Jensen Huang juga yakin bahawa dalam masa 19 hari tersebut, semua individu yang terlibat dalam pembangunan pusat data ini tidak mempunyai masa untuk tidur, tetapi untuk memastikan bahawa X.AI dapat beroperasi secepat yang mungkin, inilah yang dilakukan oleh Elon Musk.
Apa yang menarik mengenai pembangunan pesat ini ialah bagaimana X.AI akan memanfaatkan teknologi mereka untuk tujuan membangunkan teknologi kecerdasan buatan mereka sendiri. Seperti yang Jensen sendiri katakan, proses membina infrastruktur secara lazimnya bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat.
Banyak pertimbangan yang perlu dilakukan untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik. Kita mungkin akan dapat melihat dengan sendiri bagaimana syarikat tersebut akan memanfaatkan kuasa kluster superkomputer paling berkuasa di dunia ini tidak lama lagi.