Quick Actions Pada Adobe Lightroom Melakukan Suntingan Pantas Dengan Bantuan AI
Fahim Zahar
Adobe MAX 2024 telah pun berlangsung dan beberapa produk mereka telah dikemaskini. Pertama yang menarik adalah ciri menjana video dengan AI akhirnya boleh diuji melalui Premiere Pro versi Beta. Selain itu, aplikasi Lightroom turut dikemaskini dengan dua ciri AI baharu.

Pertama adalah Quick Actions, iaitu ciri suntingan pantas dengan bantuan AI. Dengan ciri ini, mana-mana bahagian gambar yang disunting atau alat suntingan apa yang telah dilakukan secara automatik akan dipaparkan. Quick Actions turut boleh memberi cadangan kontekstual untuk sunting apa, mencadangkan alatan yang sesuai, serta memudahkan kerja suntingan lebih mendalam. Dalam cubaan saya, apa yang memudahkan adalah Lightroom seakan mencipta lapisan automatik untuk subjek dan latar belakang – memudahkan lagi proses suntingan.

Menurut Adobe, Quick Actions turut boleh mengendalikan imej rumit seperti mod potret dengan mengesan subjek serta latar belakang. Kemudian suntingan yang dilakukan adalah seakan suntingan profesional untuk memastikan hasil imej ada personaliti. Ciri lain yang turut diberikan adalah Generative Remove iaitu pemadam ajaib untuk membuang objek atau elemen yang tidak diingini.
Generative Remove kini boleh digunakan oleh semua pengguna dengan kaedah penggunaan lebih ringkas. Ia tersedia di dalam Lightroom, Lightroom Classic, Lightroom (iOS & Android), Lightroom for web, dan Adobe Camera Raw. Sementara Quick Actions masih dalam peringkat ujian di dalam Lightroom (iOS & Android) serta Lightroom for web.
[sumber] Adobe [/sumber]