Twitter, mIRC, forum, Yahoo Messenger, Facebook, Twitter, WhatsApp adalah platform pemesejan yang digunakan sejak internet dicipta pada tahun 1989. Asal usul kesemua platform ini boleh dijejak kembali kepada Bulletin Board System (BBS) yang wujud sejak zaman internet proto. Pada Jumaat lalu, Ward Christensen salah seorang pencipta BBS telah meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Ward Christensen dan Randy Suess mencipta BBS pada tahun 1978 yang membenarkan individu dengan komputer melakukan sambungan kepada sistem menggunakan talian telefon. Menerusi BBS fail dapat dimuat naik dan dimuat turun. Terdapat perkhidmatan papan mesej dan juga bilik berborak bagi melakukan perkongsian dengan pengguna BBS yang lain. Antara penggunaan awal BBS ialah berkongsi perisian-perisian awal dan juga melihat sama inventori buku yang boleh dipinjam daripada perpustakaan awam.
Semasa hayat beliau, Christensen bertugas di IBM dari tahun 1968 sehingga beliau bersama pada tahun 2012. Kerana sumbangan beliau kepada sistem telekomunikasi menggunakan PC, Christensen dan Suess menerima anugerah Pioneer Award daripada Electronic Frontier Foundation.